Cari:
AS Perlu Lihat Hubungan dengan China secara Objektif, Rasional
2018-01-20 15:39:57 CRI Cetak

AS diharap melihat dunia dan hubungan dengan China pada masa ini secara objektif dan rasional selaras dengan arus sezaman dan aspirasi rakyat.

Demikian dinyatakan jurucakap Kedutaan Besar China di AS ketika mengulas isi kandungan melibatkan China dalam Laporan Strategi Pertahanan yang dikeluarkan AS semalam.

Kata jurucakap itu, kedamaian dan pembangunan merupakan tema utama sezaman dan juga hasrat bersama umat manusia. Namun, sesetengah pihak tetap memegang pemikiran Perang Dingin dan memandang dunia dipenuhi persaingan dan konfrontasi.

China merupakan pembina kedamaian dunia, penyumbang pembangunan global dan penjaga order antarabangsa. Aktiviti ekonomi dan diplomasi China mendapat sambutan baik di seluruh dunia.

Tambah jurucakap itu, China dan AS memikul tanggungjawab penting dalam memelihara kedamaian dan kestabilan dunia serta menjana kemakmuran global.

Kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama yang luas. AS diharap sehaluan dengan China dalam usaha menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang secara sihat dan stabil.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China