Cari:
Sidang Tahunan APPF-26 di Hanoi
2018-01-21 13:56:26 CRI Cetak

Sidang tahunan ke-26 Forum Parlimen Asia Pasifik (APPF-26) diadakan di Hanoi, Vietnam pada 18 hingga 20 Januari lalu.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Chen Zhu mengetuai delegasi China ke sidang tersebut.

Chen dalam ucapannya menyatakan bahawa kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) telah membuka era baharu untuk pembangunan China.

China bersedia bersama-sama negara-negara Asia Pasifik berkongsi nasib, saling membantu dan berganding bahu mengorak langkah ke hadapan demi membentuk perkongsian yang saling mempercayai, inklusif, bersifat bekerjasama dan saling menguntungkan.

Dalam tempoh sidang tersebut, Chen telah bertemu dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong bersama-sama wakil negara lain, serta Pengerusi Kongres Kebangsaan Vietnam, Nguyen Thi kim Ngan dan Pengerusi parlimen Mongolia, Zandankhuu Enkhbold.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China