Cari:
AS Digesa Henti Provokasi
2018-01-21 15:36:33 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) digesa membetulkan kesalahan dengan segera dan berhenti membuat provokasi demi perkembangan hubungan bilateral serta keamanan dan kestabilan serantau.

Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam susulan sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) memasuki perairan berhampiran Pulau Huangyan.

Kapal pembinasa peluru berpandu AS, USS Hopper dilaporkan belayar dalam lingkungan 12 batu nautika dari pulau tersebut tanpa keizinan kerajaan China pada malam 17 Januari lalu.

Tentera laut China melakukan pengenalpastian mengikut undang-undang dan memberi amaran agar kapal AS itu segera meninggalkan perairan berkenaan.

Lu berkata, tindakan AS itu menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, serta melanggar norma asas hubungan antarabangsa.

China akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Tambah beliau, China mempunyai hak kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Pulau Huangyan dan perairan berhampirannya.

China menghormati dan mempertahankan kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan mengikut undang-undang antarabangsa, namun dengan tegas menentang mana-mana negara menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan China atas nama kebebasan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China