Cari:
China Ikrar Pertahan Kedaulatan Negara
2018-01-21 15:37:12 CRI Cetak

China berikrar mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara susulan sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) memasuki perairan berhampiran Pulau Huangyan pada 17 Januari lalu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian memaklumkan bahawa kapal pembinasa peluru berpandu AS, USS Hopper belayar dalam lingkungan 12 batu nautika dari pulau tersebut tanpa keizinan kerajaan China.

Tentera laut China segera bertindak melakukan pengenalpastian dan memberi amaran agar kapal AS itu segera meninggalkan perairan berkenaan.

Menurut Wu, situasi di Laut China Selatan semakin stabil hasil usaha besama China dan negara-negara ASEAN.

Tindakan AS berulang kali menghantar kapal perang ke perairan tersebut telah menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan China serta ketenteraman serantau, yang tidak selaras dengan momentum positif hubungan kedua-dua negara.

AS digesa membetulkan kesalahan dengan segera dan berhenti membuat provokasi demi perkembangan hubungan bilateral serta keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China