Cari:
Ekonomi China "Stabil" dari Pelbagai Aspek
2018-01-22 15:56:36 CRI Cetak

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencapai 6.9% pada tahun 2017. Ini merupakan peningkatan kali pertama sejak kadar itu terus menurun sejak tahun 2011. Selain itu, data-data yang lain juga menarik perhatian yang meluas, antaranya kadar inflasi mencatat 1.6%, pos kerja bertambah 13 juta, serta rizab pertukaran asing menghampiri USD3.14 trilion (RM12.4 trilion) pada hujung tahun 2017. Dengan itu, ekonomi China menunjukkan situasi "stabil" dari pelbagai aspek.

Berdasarkan statistik yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, hubungan antara pembekalan dan permintaan industri terus membaik. Indeks Harga Pengeluar (PPI) menunjukkan peningkatan setelah berturut-turut menurun sejak tahun 2012. Kecekapan penggunaan pengeluaran industri ditingkatkan pada tahap paling tinggi dalam 5 tahun yang lalu. Selain itu, jumlah import eksport seluruh negara meningkat 14.2%, iaitu mengubah keadaan menurun untuk dua tahun berturut-turut.

Selain itu, industri baru, industri teknologi tinggi dan industri pengeluaran peralatan pula meningkat lebih 10%, sedangkan jumlah pengeluaran robot dan automobil berkuasa elektrik melambung lebih 50%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China