Cari:
China Bakal Lancarkan Tiga Satelit Maritim Tahun Ini
2018-01-22 14:19:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China merancang melancarkan tiga buah satelit pemantau maritim pada tahun ini.

Demikian dinyatakan oleh Wang Hong, Ketua Pengarah Biro Pentadbiran Maritim Negara China dalam sidang kerja maritim kebangsaan yang diadakan pada 21 Januari lalu.

Selain pelancaran satelit berkenaan, Biro itu juga akan mempercepat usaha untuk membina stesen satelit bumi dan pusat perkhidmatan distribusi data (DDS).

Wang berkata, Bironya akan berusaha menaik taraf inovasi dan aplikasi dalam sektor maritim, dan memperhebat kajian sains maritim asas, agar mewujudkan lonjakan besar yang bersifat teknikal dalam bidang penerokaan dan penggunaan sumber maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China