Cari:
8 Peraturan Baru Mudahkan Keluar Masuk Sempadan China
2018-01-23 15:35:25 CRI Cetak

Jumlah orang keluar masuk sempadan China pada tahun 2017 meningkat 4.76% berbanding dengan tahun 2016, dengan mencatat 598 juta. Antaranya, penduduk Tanah Besar berjumlah 292 juta orang, meningkat 6.73%. Penduduk Tanah Besar yang memohon visa untuk tujuan peribadi mencecah 131 juta, meningkat 5.5%. Untuk memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan yang pelbagai dan perkhidmatan yang mengutamakan keperluan individu, Kementerian Keselamatan Awam China mengeluarkan 8 peraturan baru yang bertujuan memudahkan prosedur keluar masuk sempadan dalam sidang akhbar semalam.

Pertama, penduduk China boleh memohon visa di provinsi atau bandar sendiri; Kedua, penduduk China boleh memohon pas ke Hong Kong, Makau dan Taiwan di provinsi atau bandar sendiri secara layan diri; Ketiga, penduduk migran boleh memohon visa di tempat tinggal; Keempat, kementerian tersebut membekalkan perkhidmatan layan diri bagi mencari maklumat terperinci tentang pas ke Hong Kong, Makau dan Taiwan; Kelima, pihak berkuasa menyediakan perkhidmatan ambil gambar secara percuma; Keenam, kemudahan pengurusan visa dan persinggahan disediakan kepada orang Cina dari seberang laut; Ketujuh, meningkatkan pelaksanaan laluan kastam layan diri; Dan kelapan, perkhidmatan percetakan secara layan diri dibekalkan kepada mereka yang membuat pelepasan kastam secara layan diri .

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China