Cari:
Jepun Diharap Dorong Pembaikan Hubungan dengan China
2018-01-24 13:24:34 CRI Cetak

China berharap Jepun bekerjasama dengan China untuk mendorong pembaikan dan pembangunan hubungan kedua-dua negara. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying di Beijing semalam.

Dimaklumkan, ketika menyampaikan ucapan pemerintahan dalam mesyuarat Dewan Perwakilan, Perdana Menteri, Shinzo Abe mengutarakan keazaman membaiki hubungan dengan China. Beliau menanti-nantikan hubungan persahabatan yang berkekalan, secepat mungkin merealisasikan pertukaran lawatan pemimpin negara, dan mengadakan kerjasama bilateral dalam pembinaan infrastruktur. Serentak dengan itu, Menteri Luar Jepun, Taro Kono menegaskan, pihaknya tidak dapat menerima sebarang tindakan yang mengubah situasi semasa di Laut Timur.

Hua Chunying berkata, Jepun diharap bekerjasama dengan China berdasarkan empat dokumen politik dan persepakatan mengenai empat prinsip, dan dengan adanya peluang ulang tahun ke-40 perjanjian persahabatan Jepun-China, memperhebat interaksi, mempertingkat hubungan saling mempercayai, serta mengawal perselisihan pendapat. Jepun juga digesa mengambil tindakan yang selaras dengan apa yang diucapkan, iaitu bersungguh-sungguh melaksanakan dasar dan langkah yang selaras dengan sikap positifnya mengenai memperbaiki hubungan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China