Cari:
China Miliki 58% Paten Graphene di Seluruh Dunia
2018-01-25 15:33:22 CRI Cetak

Sebagai sejenis bahan baru yang mengandungi karbon, graphene mempunyai fungsi yang bagus dalam pelbagai aspek, maka dilihat mempunyai prospek yang cemerlang dalam teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), bahan baru, sumber tenaga baru, biologi dan perubatan. Dimaklumkan bahawa di seluruh dunia, China mempunyai 58% paten graphene yang telah menjadi tumpuan dalam revolusi teknologi dan industri baru.

Ketua Setiausaha Persekutuan Strategik Inovasi Teknologi Industri Graphene China, Li Yichun berkata, setakat hujung tahun 2017, terdapat sebanyak 4,800 buah perusahaan yang mempunyai urus niaga Graphene yang terdaftar dalam jabatan-jabatan industri dan perniagaan China.

Menurut Laporan Penyelidikan Industri Graphene Sedunia Tahun 2017 yang dikeluarkan Persekutuan Strategik Inovasi Teknologi Industri Graphene China baru-baru ini, negara ini akan mendominasi pasaran Graphene sejagat yang dijangka membawa nilai hampir RMB100 bilion (RM61.3 bilion) pada tahun 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China