Cari:
Industri Pembuatan Hijau China Berkembang Pesat
2018-01-25 11:08:50 CRI Cetak

Industri pembuatan hijau di China seperti sektor penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar, automobil tenaga alternatif dan kelengkapan tenaga alternatif sedang dibangunkan dengan pesat.

Dalam taklimat kerja kebangasaan mengenai penjimatan tenaga dan penggunaan tenaga secara komprehensif dalam sektor perindustrian China, Naib Menteri Industri dan Teknologi Maklumat, Xin Guobin memaklumkan bahawa industri penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar China pada tahun 2017 dijangka membawa nilai pengeluaran sebanyak RMB5.8 trilion (RM3.6 trilion), antaranya penjanaan kuasa angin serta teknologi dan kelengkapan fotovoltaik berkembang pesat, dan kapasiti penjanaan kuasa mencatat kira-kira 270 juta kilowat. Selain itu, jumlah automobil tenaga alternatif yang berada dalam tempoh penggunaan mencecah 1.7 juta buah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China