Cari:
B&R Jadi Tumpuan Hangat WEF
2018-01-26 14:13:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Forum Davos "Jalur&Laluan" (B&R) sempena Forum Ekonomi Sedunia (WEF) ke-48 telah diadakan di Davos, Switzerland pada 24 Januari lalu.

Para wakil yang menghadiri forum kali ini sebulat suara berpendapat, pelaksanaan inisiatif B&R memacu kerjasama antara negara-negara terlibat serta pembangunan serantau.

Mukhisa Kituyi, Setiausaha Agung Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) beranggapan bahawa inisiatif B&R dapat membantu negara-negara terbabit untuk mencari kaedah dan enjin pertumbuhan yang baharu.

Naib Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial, Liu Zhenmin dalam forum itu berkata, PBB mengtakrifkan inisiatif B&R satu komponen utama bagi merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) sehingga tahun 2030.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China