Cari:
Sidang Kemuncak AU ke-30 Fokuskan Antirasuah
2018-01-29 13:44:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Persidangan Pemimpin Kesatuan Afrika (AU) ke-30 dirasmikan di Addis Ababa, ibu negara Habsyah pada 28 Januari lalu.

Presiden AU, Moussa Faki ketika menyampaikan ucapan tahniah dalam majlis perasmian berkata, rundingan fasa pertama mengenai pembinaan kawasan perdagangan bebas benua Afrika kini telah mencapai kemajuan besar. Perjanjian berkaitan kawasan perdagangan bebas itu mungkin akan diluluskan dalam sidang kemuncak kali ini.

Beliau menegaskan, usaha antirasuah mesti diutamakan oleh pelbagai negara anggota supaya mencegah pengaliran keluar modal haram dari Afrika.

Para pemimpin negara anggota AU akan membincangkan isu-isu pembaharuan AU, integrasi Afrika, dan antirasuah dalam persidangan selama dua hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China