Cari:
China, Britain Tingkatkan Hubungan pada Era Baharu
2018-02-02 13:47:33 CRI Cetak

China bersedia bersama-sama dengan Britain meningkatkan perkembangan hubungan dua hala secara sihat dan mantap pada era baharu agar membawa lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara dan menyumbang kepada kemakmuran dan keamanan dunia. Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri Britain, Theresa May di Beijing semalam.

Xi menegaskan, kedua-dua negara perlu memperkasakan "era keemasan" hubungan dua hala, meningkatkan persefahaman, menghormati dan memelihara kepentingan dan keprihatinan masing-masing, menangani isu sensitif dengan cara yang bersifat membina, memperdalam kerjasama kewangan, janakuasa nuklear dan pelaburan, mencari peluang kerjasama dalam kecerdasan buatan (AI), tenaga hijau, ekonomi digital dan ekonomi kongsi, dan memperhebat pertukaran sosiobudaya.

May pula berkata, inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) yang dikemukakan Presiden Xi amat berpengaruh di seluruh dunia. Pihaknya menanti-nantikan kerjasama dengan China dalam rangka tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China