Cari:
Pengumpulan Pendapat Umum bagi Laporan Kerja Kerajaan
2018-02-02 14:07:23 CRI Cetak

Setelah bertemu bual dengan pakar, sarjana, ahli ekonomi dan tokoh bukan ahli Parti Komunis China, Perdana Menteri, Li Keqiang sekali lagi mengundang perwakilan dari kalangan pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan, kesihatan dan sukan ke pejabatnya bagi mendengar cadangan mereka terhadap laporan kerja kerajaan yang bakal dibahaskan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada Mac nanti.

Li Keqiang berkata, China perlu terus menggunakan kebijakan dan kekuatan rakyat dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kepentingan rakyat demi mengekalkan pembangunan. Kerajaan perlu mengamalkan pembangunan yang mengutamakan rakyat, memperluas saluran mendengar dan mengetahui suara hati rakyat, mengubahsuai cara kerja kerajaan, dan memastikan pelbagai dasar memenuhi harapan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China