Cari:
Hong Kong, Entiti Ekonomi Paling Bebas di Dunia
2018-02-03 15:03:22 CRI Cetak

Wilayah Pentabdiran Khas Hong Kong terpilih sebagai entiti ekonomi paling bebas di dunia untuk 24 tahun secara berturut-turut, sebaik sahaja mendapat 90.2 mata, iaitu satu-satunya entiti ekonomi yang mendapat lebih 90 mata dalam laporan tahunan Indeks Kebebasan Ekonomi yang dikeluarkan Yayasan Warisan Amerika Syrikat (AS) semalam.

Sementara itu, mata keseluruhan Hong Kong meningkat 0.4 dibanding dengan tahun lalu, sedangkan Singapura meningkat 0.2 dengan mencapai 88.8, iaitu menduduki tempat kedua. New Zealand menduduki tempat ketiga dengan mata keseluruhannya 84.2, meningkat 0.5.

Penyusun laporan tersebut menganalisis, Hong Kong yang sentiasa menduduki tempat pertama sejak indeks tahunan itu dibuat pada tahun 1995, dipercayai tidak terlepas dari prestasinya yang cemerlang dalam pentabdiran berdasarkan undang-undang, skala kerajaan, keefisienan kawal selia, dan keterbukaan pasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China