Cari:
China Susun Rancangan Tiga Tahun bagi Tangani Pencemaran Udara
2018-02-04 15:21:56 CRI Cetak

China akan menyusun rancangan tiga tahun bagi menangani pencemaran udara, di samping mengeluarkan pelan tindakan untuk mencegah pencemaran udara di kawasan sekitar Beijing-Tianjin-Hebei, Delta Sungai Yangtze, dan Dataran Sungai Fen dan Wei.

Demikian dinyatakan Menteri Perlindungan Alam Sekitar China, Li Ganjie dalam sidang kerja pemeliharaan persekitaran kebangsaan di Beijing semalam. Kata beliau, menjelang tahun 2020, purata kepekatan zarah PM2.5 dalam udara di bandar yang gagal mencapai piawaian sepaptutnya menurun 18% berbanding dengan tahun 2015, dan jumlah hari yang mempunyai udara bersih di bandar seharusnya melebihi 292 bagi sepanjang tahun. Ini juga merupakan matlamat yang terkandung dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-13.

Pada tahun 2017, udara di seluruh negara bertambah baik. Walau bagaimanapun, keadaan pencemaran udara tetap disifatkan mencabar. Antara kesemua 338 buah bandar di China, hanya terdapat 29% yang mencapai piawaian dari segi kualiti udara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China