Cari:
WHO Seru Tubuh Pasukan Simpanan
2018-02-09 15:02:06 CRI Cetak

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merancang menubuhkan pasukan simpanan untuk menangani kecemasan kesihatan awam dan penyakit baharu secara berkesan.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus yang baru memulakan penggal perkhidmatannya Julai lalu, dalam sidang media di Geneva kelmarin.

Kata beliau, pihaknya sedang merangka rancangan strategik untuk membaharui dan memperbaiki struktur dan kerja WHO. Respons kecemasan secara pantas dan cekap menjadi fokus.

Menurut rancangan Tedros, pasukan simpanan tersebut melibatkan beribu-ribu tenaga profesional bidang kesihatan dari 50 negara, yang akan bersedia untuk menangani kecemasan pada bila-bila masa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China