Cari:
Sumbangan USD30 Bilion Bantu Bangun Semula Iraq
2018-02-16 14:12:25 CRI Cetak

Persidangan antarabangsa mengenai pembangunan semula Iraq yang diadakan di Kuwait pada 12 hingga 14 Februari berjaya mengumpul sumbangan sebanyak USD30 bilion (RM117 bilion) untuk membantu pembangunan semula negara berkenaan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Kuwait, Sabah Khaled al-Hamad al-Sabah dalam majlis penutupan sidang tersebut kelmarin.

Persidangan anjuran bersama Kuwait, Iraq, PBB, Kesatuan Eropah dan Bank Dunia itu adalah yang pertama selepas Iraq mengumumkan kejayaan membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS) di wilayahnya pada 9 Disember lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China