Cari:
Projek Tembok Sempadan AS-Mexico Dilancar
2018-02-23 11:36:30 CRI Cetak

Pembinaan tembok sempadan antara AS dengan Mexico telah dimulakan dua hari lalu.

Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS dalam pengumuman hari itu memaklumkan bahawa pihaknya akan menggantikan seksyen tembok sedia ada sepanjang kira-kira 3.5 kilometer di Calexico, selatan California terlebih dahulu.

Tembok lama akan digantikan dengan tembok baharu yang tingginya lebih 9 meter.

Pada bulan lalu, kerajaan Trump mengumumkan pelan sepuluh tahun pembinaan tembok sempadan dengan Mexico yang akan menelan kos USD18 bilion (RM70.5 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China