Cari:
AS Lancar Siasatan Antilambakan
2018-02-23 11:27:25 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) melancarkan siasatan timbal balas dan antilambakan terhadap produk gelang getah buatan China, Thailand dan Sri Lanka.

Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross memaklumkan bahawa siasatan dilancarkan atas aduan syarikat getah tempatan.

Syarikat berkenaan mendakwa, margin lambakan produk gelang getah yang diimport dari China mencatat 27.27%, dari Sri Lanka 56.54% hingga 133.13%, dan Thailand 28.92% hingga 78.36%.

Pemberian subsidi masing-masing melebihi 2%, iaitu purata negara membangun.

Data Jabatan Perdagangan AS menunjukkan, jumlah import produk gelang getah dari tiga negara tersebut pada tahun lalu masing-masing USD4.9 juta (RM19 juta), USD2 juta (RM7.8 juta) dan USD12.12 juta (RM47.5 juta).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China