Cari:
Sidang Pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 CPPCC akan Dirasmikan
2018-03-03 13:09:19 CRI Cetak

Sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan dirasmikan di Beijing hari ini. Lebih 2,100 orang anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC berkumpul untuk membincang pembaharuan dan pembangunan negara di samping memberikan cadangan. Seluruh rakyat China berharap sidang kali ini mencapai kejayaan.

Akhbar Renminribao hari ini menerbitkan rencana pengarang mengucapkan tahniah atas perasmian sidang tersebut.

Rencana itu menyebut, lima tahun yang lalu amat penting bagi pembangunan Parti Komunis China (PKC) dan negara. Sejak kongres kebangsaan ke-18 PKC diadakan, jawatankuasa pusat PKC yang dipimpin oleh Xi Jinping mengetuai rakyat seluruh negara bertungkus-lumus membawa sosialisme bercirikan China ke era baharu. CPPCC memainkan peranan yang penting bagi pembangunan PKC dan negara.

CPPCC perlu berpegang pada fikiran Xi Jinping tentang sosialisme bercirikan China pada era baharu untuk menjalankan pelbagai tugasnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China