Cari:
MOFCOM Lancar Pelan Tindakan Pelaburan Asing
2018-03-22 13:53:06 CRI Cetak

Kementerian Perdagangan (MOFCOM) China akan melancarkan pelan tindakan untuk merangsang pelaburan ke luar negara bagi memupuk pembangunan syarikat multinasional bertaraf dunia.

Demikian maklum Penasihat Perniagaan Pejabat Kerjasama Ekonomi dan Pelaburan Asing kementerian itu, Han Yong semalam.

Kenyataan Han itu dibuat semasa persidangan mengenai garis panduan baharu bagi keselamatan dan pengurusan syarikat China di seberang laut, anjuran bersama pejabat berkenaan dan Persatuan Kontraktor Antarabangsa China (CICA).

Edisi lama garis panduan tersebut adalah dokumen panduan pertama di China untuk pengurusan risiko keselamatan syarikat di seberang laut, yang diterbitkan pada tahun 2011.

Edisi baharu ini menerapkan teori pengurusan keselamatan antarabangsa terkini yang menumpukan risiko bukan konvensional, dengan penekanan diberikan terhadap sistem proses respons kecemasan.

Tegas Han, pelan tindakan pelaburan ke luar negara yang akan dilancarkan MOFCOM bertujuan meningkatkan pengaruh syarikat China di pasaran antarabangsa. Beliau yakin syarikat dan projek yang lebih besar mampu menyediakan jaminan yang lebih baik bagi kepentingan China di luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China