Cari:
Bursa Saham Jepun Junam Seribu Mata
2018-03-24 15:47:43 CRI Cetak

Disebabkan dasar perlindungan perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang baru diumumkan, indeks harga purata 225 jenis saham di bursa saham Tokyo menjunam 4.51 peratus, iaitu hampir seribu mata.

Presiden AS, Donald Trump menandatangani memorandum untuk mengenakan tarif terhadap produk yang diimport dari China, serta mengehadkan pelaburan dan pemerolehan oleh syarikat China di AS berasaskan keputusan "Pemeriksaan 301" pada 22 Mac lalu. Selain itu, AS juga mengenakan tarif 25 peratus dan 10 peratus terhadap produk keluli dan aluminium yang diimport dari pelbagai negara. Disebabkan kebimbangan pelabur terhadap pengaruhnya terhadap ekonomi dunia, ketiga-tiga indeks saham New York mengalami kejatuhan, antaranya indeks Dow-Jones menjunam 7,00 mata lebih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China