Cari:
Pembinaan Semula Lebuh Raya Kemboja Bermula
2018-03-26 14:07:23 CRI Cetak

Projek pembinaan semula Lebuh Raya 11 Kemboja yang didanai pinjaman kerajaan China, dilancarkan di wilayah Prey Veng baru-baru ini.

Pelancaran itu dihadiri Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Duta Besar China, Xiong Bo.

Hun Sen menyatakan kerajaan China telah membantu Kemboja membina 23 jalan yang panjangnya lebih 2,000 kilometer. Sokongan kerajaan China terhadap pembangunan infrastruktur Kemboja turut menyumbang kepada sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Xiong pula menyatakan bantuan China disediakan tanpa sebarang syarat politik. China yakin, pembinaan semula Lebuh Raya 11 signifikan bagi kesalinghubungan dan pembangunan sosioekonomi serantau, di samping menguntungkan rakyat dan syarikat tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China