Cari:
Kuantiti Perdagangan Perlu Ditumpukan
2018-03-27 14:35:14 CRI Cetak
China dan AS perlu menumpukan kuantiti perdagangan dan menyelesaikan sebarang pergeseran melalui rundingan untuk menangani ketidakseimbangan sedia ada dengan sikap pragmatik dan rasional.

Demikian saranan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam pertemuan dengan wakil-wakil asing ke Forum Pembangunan China 2018 di Beijing semalam.

Kata Li, China akan terus meningkatkan pembaharuan dan keterbukaan, di samping bersedia meneladani pengalaman negara-negara lain melibatkan teknologi tinggi dan pengurusan serta memperluas kerjasama berkaitan.

Kini, China sedang melaksanakan pelan tindakan sepuluh tahun pertama strategi "Buatan China 2025".

China mengalu-alukan lebih banyak syarikat antarabangsa yang kompetitif menjalin kerjasama untuk berkongsi peluang pembangunan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China