Cari:
Tarif Tinggi Tiada Untungnya
2018-03-28 14:19:22 CRI Cetak

Tindakan AS mengenakan tarif tinggi terhadap produk keluli dan aluminium yang diimport, tidak bijak.

Timbalan Perdana Menteri Belgium, Kris Peeters dalam temu bual semalam menyatakan perdagangan bebas penting bagi seluruh dunia termasuk AS sendiri.

Tindakan mengenakan tarif tinggi terhadap produk China atau mana-mana negara lain tidak membawa sebarang keuntungan.

AS diharap duduk berunding dengan Eropah dan China untuk menyelesaikan pergeseran.

Baru-baru ini, Presiden Donald Trump menandatangani memorandum untuk mengenakan tarif tinggi terhadap produk yang diimport dari China, serta mengehadkan pelaburan dan pemerolehan oleh syarikat China di AS.

Sehubungan itu, Peeters berkata perang perdagangan mengundang bahaya dan penyelesaian tuntas perlu dicari melalui dialog.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China