Cari:
Dasar AS Jejas Kepentingan Negara Lain
2018-03-29 17:16:29 CRI Cetak

AS yang dahulunya menjunjung kebebasan perdagangan dan keterbukaan pasaran, kini mengamalkan dasar berbaur perlindungan perdagangan selepas kalah dalam persaingan komoditi.

Demikian ujar ketua Institut Pengajian Pembangunan Bersepadu Filipina, George T. Siy ketika mengulas tindakan AS mengenakan tarif tinggi terhadap komoditi China.

Menyentuh isu ekonomi dan perdagangan AS, beliau menyatakan AS menumpukan belanjawannya pada ketenteraan, bukan infrastruktur mahupun subsidi membantu syarikat domestik mengeluarkan komoditi dengan kos rendah. Keadaan ini berpunca daripada masalah AS sendiri.

Tambah beliau, pergeseran perdagangan dengan China telah memberi impak kepada sektor kewangan AS sendiri. Jika AS terus berdegil mengamalkan dasar seumpama itu, akan menimbulkan kebimbangan lebih banyak negara lain, yang mungkin membalas dengan tindakan serupa. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China