Cari:
China Sasar Import Eksport Perkidmatan USD1T
2018-04-04 14:47:43 CRI Cetak

China sedang menggalakkan pembangunan beberapa pangkalan eksport perkhidmatan istimewa untuk merancakkan perdagangan sektor berkenaan dengan menyasarkan jumlah import dan eksport memecahkan angka USD1 trilion (RM3.9 trilion) menjelang 2022.

Demikian dimaklumkan Pengarah Jabatan Perdagangan Perkhidmatan dan Perkhidmatan Perniagaan, Kementerian Perdagangan China, Xian Guoyi di Beijing semalam.

Menurut beliau, dalam tempoh lima tahun lalu, sektor perdagangan perkhidmatan China merekodkan peningkatan 7.8% secara purata setiap tahun, dengan skala yang melonjak ke tempat kedua di dunia.

Pada tahun lalu, jumlah eksport tersebut melambung 10.6% , iaitu kadar tertinggi sepanjang tujuh tahun lalu. Perdagangan perkhidmatan telah menjadi enjin baharu bagi perdagangan luar serta usaha meningkatkan keterbukaan pasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China