Cari:
Elak Jadi Penghambat Isu Semenanjung Korea
2018-04-04 10:46:10 CRI Cetak

Semua pihak yang berkenaan diharap memanfaatkan perkembangan positif situasi Semenanjung Korea untuk memperhebat usaha bersama ke arah kebaikan, tanpa mana-mana pihak menjadi penghambat.

Begitulah ujaran jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang sewaktu mengulas dakwaan dibuat Jepun terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) baru-baru ini, dalam satu sidang akhbar semalam.

Jepun baru-baru ini mengumumkan pelan untuk memfokuskan kekuatan tenteranya, langkah serupa yang tidak pernah dilakukan sejak Perang Dunia II. Jepun mendakwa tindakan tersebut adalah langkah balas untuk meningkatkan kesiagaan berdepan kebarangkalian wilayahnya terkena tempias ekoran ujian peluru berpandu DPRK yang kemungkinan diintensifkan.

Geng berkata, situasi Semenanjung Korea telah menunjukkan tanda-tanda positif. Pihak-pihak berkenaan termasuk AS juga telah melakukan usaha yang membawa kepada kemajuan. Dakwaan yang dilemparkan Jepun terhadap DRPK kini mencetuskan kebimbangan.

Kata Geng, masyarakat antarabangsa tidak perlu risau, kerana usaha sedang dilakukan untuk menggalakkan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear. Resolusi berkenaan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) juga sedang dilaksanakan sepenuhnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China