Cari:
Terpaksa Balas Tarif Tinggi
2018-04-04 18:26:20 CRI Cetak

Keputusan China mengumumkan senarai produk AS bernilai kira-kira USD50 bilion (RM193 bilion) yang akan dikenakan tarif tinggi, adalah tindakan yang terpaksa diambil, dan dilaksanakan dengan berpatutan.

Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen di Beijing petang tadi.

Menurut beliau, AS semalam bertindak serupa mengumumkan tarif tinggi terhadap produk China, satu langkah yang membelakangi kewajipan antarabangsanya, tidak berasas, malah menjejaskan kepentingan kedua-dua negara bahkan ekonomi global.

Peruntukan undang-undang perdagangan luar China dan antarabangsa membolehkan langkah balas sewajarnya diambil sekiranya terdapat sebarang pihak lain bertindak melaksanakan dasar perdagangan bersifat diskriminasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China