Cari:
China Rancang Tarif Tinggi terhadap 106 Produk AS
2018-04-04 17:30:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan China hari ini mengumumkan senarai 106 produk keluaran Amerika Syarikat (AS) dari 14 kategori yang akan dikenakan tarif tinggi 25%.

Antaranya termasuk kacang soya, kereta, produk kimia dan industri serta kapal terbang, produk yang diimport dari AS tahun lalu dianggarkan bernilai USD50 bilion (RM193.77 bilion).

Pengumuman senarai tersebut dikeluarkan oleh kerajaan China berdasarkan Undang-Undang Perdagangan Asing Republik Rakyat China serta prinsip asas undang-undang antarabangsa. China mengumumkan senarai tersebut sebagai langkah balas terhadap tindakan serupa AS sebelum ini.

Menurut Kementerian Kewangan, tarikh berkuat kuasa senarai tersebut akan diumumkan oleh Suruhanjaya Tarif Kastam Dewan Negara mengikut keadaan pelaksanaan tarif tinggi terhadap produk keluaran China oleh kerajaan AS.

Kementerian itu berkata, tindakan China mengenakan tarif tinggi ke atas produk keluaran AS bertujuan untuk mempertahankan hak dan kepentingan China, di samping melindungi sistem perdagangan multilateral antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China