Cari:
China Bantah Siasatan 301 USTR
2018-04-04 11:27:59 CRI Cetak

China membantah tindakan Jabatan Perwakilan Perdagangan AS (USTR) mengumumkan senarai produk keluaran negara ini yang akan dikenakan tarif tinggi, sebagaimana dicadangkan siasatan berdasarkan Perkara 301 Akta Perdagangan 1974 AS.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang yang menyuarakan pendirian itu semalam, menyatakan bantahan keras terhadap tindakan AS tersebut yang berbaur unilateralisme dan perlindungan perdagangan.

Kata beliau, tindakan AS itu mengetepikan hasrat untuk bekerjasama yang sekian lama dijunjung dalam hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala selama 40 tahun. Tindakan itu juga dikatakan umpama memekakkan telinga kepada desakan kalangan profesional dan kepentingan pengguna. Ini bukan sahaja tidak berfaedah kepada kepentingan negara AS dan China, bahkan ekonomi sejagat.

Tambahnya, tindakan AS itu telah melanggar prinsip dan semangat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). China akan memfailkan dakwaan berkenaan kepada WTO, sambil mengambil tindakan sewajarnya terhadap produk AS berdasarkan Undang-undang Perdagangan Luar Republik Rakyat China. China yakin dan mampu mengatasi sebarang amalan perlindungan perdagangan oleh AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China