Cari:
Tarif Tinggi AS Jejaskan Kepentingan Sendiri
2018-04-04 17:28:31 CRI Cetak

Jabatan Perwakilan Perdagangan AS (USTR) pagi semalam mengumumkan senarai produk keluaran China yang akan dikenakan tarif 25%, termasuk kira-kira 1,300 jenis barang dianggarkan bernilai USD50 bilion (RM193 bilion).

Menurut USTR, senarai itu dikeluarkan melalui algoritma pengiraan sistem komputer, dan akan menambah beban terhadap pengeksport China sekali gus membolehkan kepentingan sektor pengeluaran tempatan dijamin dengan lebih baik.

Berhubung hal ini, niat sebenar AS boleh dikatakan sangsi, kerana senarai itu turut melibatkan keluli dan aluminium, sedangkan China bukanlah pengeksport terbesar produk berkenaan ke AS.

Sekiranya AS ingin melindungi industri logamnya, tidak memadai sekadar bertindak mengekang import dari China. Keputusan memberi pengecualian tarif tinggi itu kepada pengeksport terbesar sebenar, membayangkan niat mengundang perang perdagangan yang menyasarkan China.

Turut tersenarai, beberapa jenis produk mesin yang dikeluarkan secara terhad di AS seperti alat elektrik dan generator, maka kosnya tinggi di pasaran tempatan. Pergeseran perdagangan tentu mengakibatkan beban besar kepada pengguna biasa AS, terutamanya dari lapisan lebih rendah.

Selain itu, alat mesin CNC (Computer Numerical Control), robot perindustrian dan bateri litium serta alat ganti kenderaan hijau yang akan dikenakan tarif tinggi akan melonjakkan kos pengeluaran domestik AS sekali gus melemahkan daya saing produk mereka.

Sebagai respons kepada tindakan AS itu, China akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut saluran yang sah.

Tarif tinggi itu bukan sahaja mengundang masalah besar kepada ekonomi AS yang sudah pun bergelut dengan pelbagai kesukaran, bahkan mungkin menggoyahkan kedudukan kerajaan Trump.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China