Cari:
China Tidak Tunduk kepada Tekanan Luar
2018-04-04 20:57:42 CRI Cetak

China hari ini mengumumkan senarai 106 jenis produk keluaran Amerika Syarikat (AS) dari 14 kategori yang akan dikenakan tarif tambahan 25%, antaranya termasuk kacang soya, automobil, produk industri kimia serta kapal terbang. Tindakan ini diambil oleh kerajaan China demi melindungi hak dan kepentingan negara selepas AS hari ini mengumumkan senarai produk keluaran China sebanyak 1,333 jenis yang bernilai USD50 bilion (RM193 bilion) yang akan dikenakan tarif tambahan.

Pegawai Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan China menyatakan bahawa keputusan negara ini adalah tindakan yang terpaksa diambil, dan dilaksanakan dengan berpatutan. China tidak akan bertunduk kepada sebarang tekanan daripada luar, dan bersedia menghadapi perang perdagangan jika ada pihak yang berdegil bertindak mencetuskannya.

Dalam sidang media pejabat penerangan Dewan Negara China petang tadi, Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen berkata kepada media dari dalam dan luar China bahawa tindakan AS yang tidak berasas itu telah membelakangi kewajipan antarabangsa manakala tindakan China adalah yang terpaksa diambil dan dilaksanakan dengan berpatutan.

Naib Menteri Kewangan, Zhu Guangyao pula menyatakan bahawa terpilihnya kacang soya dalam senarai China mengenakan tarif tambahan terhadap produk AS adalah untuk menghormati tuntutan kaum tani domestik.

Tentang kebimbangan yang ditunjukkan dalam laporan siasatan AS tentang "Buatan China 2025", Wang Shouwen menyatakan bahawa sasaran China itu bersesuaian dengan kewajipan dalam rangka WTO dan dilaksanakan dengan telus dan terbuka, dan kami juga mengalu-alukan syarikat dari dalam dan luar China memilih melibatkan diri dalam pelaksanaan strategi itu.

Menurut Zhu Guangyao, sempena ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, China akan terus mengambil langkah baharu dan meningkatkan keterbukaan kepada dunia luar pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China