Cari:
Jiuzhaigou dan Huanglong--Syurga di Bumi
2008-12-25 16:41:39 CRI Cetak

Setelah menikmati keindahan air di Jiuzhaigou, sekarang mari kita meneruskan perjalanan kita ke Huanglong.

Huanglong yang juga diisytiharkan sebagai Warisan Alam Semula Jadi oleh UNESCO pada tahun 1992, ialah sebatang sungai yang mengalir dari atas gunung, turun ke lembah. Oleh sebab air sungai ini mengandungi elemen kalsium yang banyak, elemen ini tertimbun pada dasar sungai ini, lalu menjadikannya kelihatan seperti seekor naga kuning. Inilah asal usul nama Huanglong.

Panjangnya sungai ini kira-kira empat kilometer. Dari atas ke bawah, terdapat lebih 3000 buah kolam yang juga kelihatan berwarna-warni.

Kolam Wucaichi, di tempat yang paling atas, yang juga hulu sungai ini, terdiri daripada kira-kira 700 buah kolam yang kecil-kecil. Sekiranya saudara melancong ke sini pada waktu cuaca terang, air kolam ini kelihatan berkilat dan sangat cantik. Walau bagaimanapun, kolam ini terletak di tempat lebih 4000 meter dari paras laut, dan kurang oksigen. Jadi, bukan semua orang mampu mendaki sampai ke tempat setinggi ini.

Kou Yahui, seorang kakitangan yang berkhidmat di destinasi ini memberitahu wartawan bahawa, untuk menyelesaikan masalah ini dan membolehkan semua pelancong menyaksikan pemandangan yang mempesonakan ini, syarikat pengurusannya telah membina kereta kabel yang boleh membawa pelancong ke tempat yang tinggi itu. Selain itu, mereka juga telah membina lima buah pusat khidmat oksigen dan menyediakan perkhidmatan percuma kepada pelancong yang sukar bernafas di dataran tinggi ini.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Tasik Daming di Jinan

• Sawah Padi Berteres di Suichuan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China