Cari:
13 Makam Maharaja Dinasti Ming
2009-07-23 19:28:52 CRI Cetak

Pada bulan Mei tahun 1956, istana bawah tanah Makam Ding daripada "13 Makam Dinasti Ming" telah ditemui. Istana bawah tanah Makam Ding ini luasnya 1,195 meter persegi. Istana bawah tanah ini terdiri daripada 5 buah dewan yang bersambungan yang terletak secara simetri di hadapan, belakang, kiri, kanan dan tengah. Seluruh istana bawah tanah ini dibina dengan batu. Di dewan tengah istana itu terdapat 3 buah takhta yang diperbuat daripada batu berwarna putih yang berkualiti. Dewan belakang merupakan bahagian utama istana bawah tanah ini, 3 buah keranda diletakkan dalam dewan belakang ini, keranda yang terbesar yang diletakkan di tengah ialah keranda Maharaja Zhu Yijun, manakala 2 buah keranda yang kecil di kiri dan kanannya adalah keranda 2 orang permaisurinya. Di sisi keranda-keranda tersebut terdapat 26 buah kotak yang memuatkan artifak dan barang kemas.

 

Sebanyak lebih 3 ribu buah artifak yang berharga telah ditemui dalam Makam Ding, antaranya terdapat kain sutera dan pakaian yang cantik dan berwarna-warni, barang kemas yang seni dan cantik serta barang daripada jed dan tembikar yang jarang ditemui.

Istana bawah tanah di Makam Ding merupakan satu-satunya istana bawah tanah yang ditemui di kawasan "13 Makam Dinasti Ming".

Pada tahun 2000, "13 Makam Dinasti Ming" disenaraikan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO, PBB, sebagai sebahagian daripada Makam-makam Diraja Dinasti Ming dan Qing, bersama-sama dengan Makam Xian Dinasti Ming, Makam-makam Timur Dinasti Qing, Makam-makam Barat Dinasti Qing, Makam Xiao Dinasti Ming dan 3 Makam Dinasti Qing di Shenyang.


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Kampung Huangxi di Guangdong

• Tempat Kediaman Etnik Wa
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China