Cari:
Suzhou, Syurga di Bumi
2009-07-31 18:53:54 CRI Cetak

Terdapat pepatah yang wujud sejak zaman kuno China yang berbunyi: "Ada syurga di langit, ada Suzhou dan Hangzhou di bumi". Dengan pepatah ini, anda boleh membayangkan betapa indahnya bandar Suzhou dan Hangzhou di China. .

Bandar Suzhou terletak di bahagian tengah Delta Sungai Yangtze. Bandar ini berhampiran dengan Shanghai yang terletak di timurnya, dan Tasik Barat yang terletak di baratnya. Sungai Yangtze pula mengalir melalui bandar Suzhou di sebelah utaranya.

Suzhou terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bandar lama dan kawasan industri yang baru. Cara pentadbiran yang berlainan dilaksanakan di kawasan ini kerana ia dapat memelihara wajah asli bandar lama, di samping mendorong pembangunan di kawasan industri.

Jalan Shantang di bandar lama dikenali sebagai "Jalan Pertama di Suzhou". Jalan ini dibina dengan gaya binaan tradisional. Terdapat banyak kedai dan rumah di kedua-dua belah jalan ini. Pada waktu malam pula, banyak tanglong yang dinyalakan tergantung di hadapan kedai-kedai di sini. Pelancong amat gemar membeli-belah di jalan ini, sambil menikmati balada cerita rakyat dalam dialek Suzhou yang merdu.


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Kampung Huangxi di Guangdong

• Tempat Kediaman Etnik Wa
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China