Cari:
Kumpulan Air Terjun Huangguoshu
2009-09-23 15:58:48 CRI Cetak

Selain itu, yang sangat menarik ialah, para pengunjung dapat menyaksikan pelangi yang berwarna-warni, menyentuh air terjun. Ini merupakan nikmat yang amat meriangkan.

Pemandu pelancong tempatan mengatakan bahawa udara di sekitar air terjun ini mengandungi ion oksigen negatif yang banyak dan ini amat baik untuk kesihatan kita. Maka, Air Terjun Huangguoshu ini ialah satu tempat yang amat baik untuk "mencuci paru-paru".

Kawasan Air Terjun Huangguoshu ini merupakan kawasan penempatan beberapa etnik minoriti, seperti etnik Miao, etnik Buyi dan lain-lain. Apabila kita berjalan-jalan di kawasan ini, kita boleh mendengar suara yang merdu, itulah gadis-gadis etnik yang menyanyikan lagu etnik mereka. Dengan diiringi irama lagu, deruan air sungai dan kicauan burung, kita berasa seolah-olah telah terpisah daripada dunia yang hiruk pikuk, dan berasa amat seronok.

Pada tahun 2005, kawasan kumpulan Air Terjun Huangguoshu digelar sebagai "tempat yang paling indah di China" oleh majalah National Geography China. Pada bulan Mac 2007 pula, ia dimasukkan sebagai sebuah daripada kawasan pelancongan 5A kumpulan pertama oleh Jabatan Pelancongan Negara.


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China