Cari:
Kuil Xuankong di Provinsi Shanxi China
2011-05-06 13:07:27 CRI Cetak

Saya Li Jian, bertugas di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) sebagai penyunting kanan.Pengembaraan merupakan perkara yang paling menarik saya. Saya sudi berkongsi pengalaman pengembaraan dengan anda menerusi blog saya.

Meninggalkan Pagoda Kayu Kaunti Ying, saya meneruskan perjalanan ke Kuil Xuankong di sebelah timur Provinasi Shanxi.

Kuil Xuankong bermakna kuil yang ditempel di lereng gunung terjal.

Sebagaimana yang diketahui umum, kuil biasanya dibina di tempat yang rata, tetapi di Provinsi Shanxi di utara China, terdapat sebuah kuil yang dibina di lereng gunung terjal yang hampir tegak lurus, namanya kuil Xuankong. Kuil Xuankong terletak di Kaunti Hunyuan kira-kira 60 kilometer dari Bandar Datong. Kuil itu dibina pada 1400 tahun yang lalu, dan merupakan satu-satunya rumah berhala istimewa yang terdapat pengaruh agama Buddha, ajaran Tao dan fahaman Konfusius di China. "Xuan" dari nama Kuil Xuankong berasal daripada ajaran Tao China dan juga bermakna tergantung yang mengibaratkan kuil itu tergantung atau ditempel di lereng gunung terjal dan di bawahnya kosong. Manakala "Kong" pula berasal daripada ajaran agama Buddha.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China