Cari:
Panduan Pelancongan di Guangzhou (3)
2012-03-09 09:38:41 CRI Cetak

Pasar bunga ketiga sambutan Tahun Baharu China

Cuaca

Suhu purata di bandar Guangzhou ialah 22℃. Suhu pada bulan Jun amat panas panas. Suhu purata pada masa itu akan mencecah 28℃. Masa yang paling sejuk di Guangzhou ialah pada bulan Januari dengan suhu purata pada bulan ini hanya 13.3 darjah. Bandar Guangzhou merupakan bandar yang mempunyai cuaca paling sederhana di China, kerana musim panas di bandar ini amat panjang, manakala hujan turun banyak di bandar ini. Bulan April hingga Julai di bandar ini merupakan musim hujan. Taufan akan melanda bandar Guangzhou pada bulan Ogos hingga September. Oleh itu, bulan Oktober hingga Disember merupakan masa yang paling sesuai untuk melawat ke bandar Guangzhou.

 

Pasar bunga ketiga sambutan Tahun Baharu China

Pada musim sejuk dan musim bunga, bandar Guangzhou terkenal dengan bunga yang pelbagai jenis. Aktivit-aktivit yang berkaitan dengan bunga akan diadakan di Guangzhou pada musim tersebut. Pasar bunga yang tradisional akan diadakan di bandar ini semasa sambutan Tahun Baharu China. Petani bunga menjual bunga pada malam hari terakhir tahun sebelumnya hingga hari pertama tahun baharu. Ini merupakan satu aktiviti penting bagi penduduk Guangzhou ketika menyambut tahun baharu.

Musim Bunga (Mac hingga Mei): Suhu tinggi dan anda perlu memakai pakaian yang sesuai.

Musim Panas (Mei hingga September): Hujan banyak turun, dan anda perlu membawa payung semasa berada di bandar ini.

Musim Gugur: Cuaca sama dengan musim bunga oleh itu pilih pakaian yang sesuai semasa berada di Guangzhou.

Musim Sejuk (Disember hingga Februari): Pakaian tebal diperlukan pada musim ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Tasik Daming di Jinan

• Sawah Padi Berteres di Suichuan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China