Cari:
Fu Wa dan Feng Yi, Duta Kecil China ke Malaysia I
2013-09-05 17:19:32 CRI Cetak

 

Lawatan rombongan media anjuran Radio Antarabangsa China (CRI) ke Pusat Penyelidikan dan Perlindungan Panda menemukan kami dengan Fu Wa dan Feng Yi, bakal duta kecil China ke Malaysia. Kedua-dua panda ini bakal dihantar ke Malaysia pada tahun 2013, melalui program pinjaman panda antara kerajaan China dan Malaysia. Fu Wa, panda jantan yang kuat dan sihat tetapi sangat manja.

Menurut penjaga panda ini, Fu Wa suka bermain dan menghabiskan masa dengan makan. Malah, panda-panda di pusat ini menghabiskan 70 peratus masa harian dengan makan. Setiap panda dibekalkan 50 kilogram buluh selain makanan sampingan lain seperti kek kukus panda yang diperbuat daripada tepung serta buah-buahan, seperti epal.

 

 

 

 

Bukan hanya manusia perlu bersekolah. Di Pusat Penyelidikan dan perlindungan Panda Bifengxia Ya'an ini juga ada kemudahan seumpama itu untuk anak-anak panda.

Kami juga berpeluang melihat anak-anak panda di Tadika Panda. Persekitarannya umpama tadika kanak-kanak yang biasa kita lihat. Tadika ini dilengkapi dengan bilik-bilik tempat anak panda tinggal. Selain itu, di bahagian luar mempunyai alat-alat permainan yang biasa terdapat di tadika kanak-kanak biasa.

 

 

 

 

Menurut ketua Pusat Penyelidikan dan Perlindungan Panda Bifengxia, kerjasama antarabangsa seumpama ini amat penting dalam usaha perlindungan panda. Kerajaan China bersendirian tidak berupaya memikul tanggungjawab melindungi panda ini daripada ancaman kepupusan. Malah melalui program ini, penyelidikan tentang panda yang memerlukan biaya yang besar dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan saintifik. Kerjasama dengan pakar dan saintis dari seluruh dunia membantu meningkatkan kemampuan pusat tersebut dalam usaha penyelidikan dan perlindungan panda.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China