Cari:
Tasik Qinghai (I)
2016-07-27 15:35:31 CRI Cetak

Tasik Qinghai terletak di bahagian timur laut Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan sebelah barat laut bandar Xining. Tasik air masin ini merupakan tasik yang terbesar di kawasan pedalaman China, dengan lokasinya di kawasan setinggi 3,197 meter dari paras laut. Tapak yang paling dalam di Tasik Qinghai mencatat kira-kira 28 meter. Panjang keliling tasik ini mencatat 360 kilometer manakala kawasannya seluas 4,583 kilometer persegi. Tasik Qinghai dapat menampung 105 bilion meter padu air dari kira-kira 30 sungai yang mengalir ke kawasan tasik tersebut.

Tasik Qinghai disenaraikan sebagai destinasi pelancongan peringkat 5A di China. Pemandangan di kawasan tasik itu mempunyai keunikan masing-masing pada empat musim yang berbeza-beza.

Tasik Qinghai juga kaya dengan sumber perikanan. Di tasik ini terdapat sejenis ikan yang dipanggil "ikan ais" yang amat sedap dan terkenal.

Pulau Longju dan Pulau Burung di kawasan Tasik Qinghai juga mempunyai pemandangan yang amat unik. Terdapat lebih 100 ribu ekor burung berhijrah tinggal di Pulau Burung yang luasnya hanya 500 meter persegi pada musim bunga dan musim panas.

Penduduk etnik Han, Tibet dan Mongolia hidup bersama-sama secara harmoni. Pada tahun 1954, Lebuh Raya Qinghai-Tibet yang melintasi pinggir selatan Tasik Qinghai telah selesai dibina. Pada tahun 1980-an, kawasan Tasik Qinghai mula berkembang sebagai destinasi pelancongan. Kejohanan Lumba Basikal "Le Tour de Tasik Qinghai" yang bermula pada tahun 2000-an merupakan temasya sukan antarabangsa yang terkenal.

Pada 26 Mei 2008, kerajaan provinsi Qinghai mengumumkan untuk memperuntukkan RMB 1.6 bilion bagi memelihara dan memulihkan ekologi di kawasan Tasik Qinghai dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China