Cari:
Tasik Ngoring dan Tasik Gyaring
2016-07-27 15:35:31 CRI Cetak

Tasik Ngoring dan Tasik Gyaring merupakan tasik air tawar yang terbesar di kaunti Madoi, provinsi Qinghai, iaitu di kawasan hulu Sungai Kuning. Kedua-dua tasik itu disebut "tasik adik-beradik" di kawasan berkenaan dan merupakan pangkalan penternakan dan perikanan yang penting bagi provinsi Qinghai.

Sungai Kuning yang berpunca dari lereng utara Gunung Bayan Har mengalir ke Tasik Gyaring terlebih dahulu. Kawasan Tasik Gyaring luasnya 526 kilometer persegi. Kapasiti air tasik itu mencatat 4.6 bilion meter padu. Di tempat muara Sungai Kuning mengalir ke Tasik Gyaring, terdapat tiga buah pulau yang luasnya masing-masing sekilometer persegi hingga dua kilometer persegi. Ketiga-tiga buah pulau itu disebut sebagai "pulau burung" kerana terdapat banyak burung tinggal di situ. Pada setiap musim bunga, banyak burung berhijrah dari Semenanjung India ke pulau-pulau tersebut untuk membiak.

Dari Tasik Gyaring, air Sungai Kuning terus mengalir ke timur dan memasuki Tasik Ngoring. Kawasan Tasik Ngoring luasnya 628 kilometer persegi dengan kapasiti air tasik itu mencatat 10.7 bilion meter padu dan kira-kira dua kali ganda berbanding dengan Tasik Gyaring. Pada musim kemarau, sejumlah besar ikan mati akibat air tasik terlalu cetek. Keadaan ini pula menarik sejumlah besar burung datang makan ikan-ikan yang mati itu. Kadang-kadang burung yang terlalu banyak boleh menutup cahaya mata hari.

Tasik Ngoring dan Tasik Gyaring terletak lebih 4,300 meter dari paras laut dan lebih tinggi lebih 1,000 meter berbanding dengan Tasik Qinghai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China