Cari:
Gunung Laoshan yang Mempesonakan
2016-07-27 15:35:31 CRI Cetak

Laoshan yang letaknya lebih 40 kilometer dari bandar Qingdao merupakan gunung yang terkenal di Semenanjung Shandong, China. Puncak gunung itu tingginya 1132.7 meter dari paras laut. Laoshan merupakan satu-satunya gunung yang terkenal di China yang terletak di kawasan pantai. Di kawasasn Laoshan, terdapat 47 destinasi pelancongan bersejarah dan 174 destinasi pelancongan alam.

Laoshan juga ialah pusat agama Tao di China. Terdapat banyak tokong lama agama itu di gunung tersebut. Pada tahun 1982, Laoshan disenaraikan sebagai destinasi pelancongan peringkat kebangsaan. Pada 14 Januari 2011 pula, Laoshan disenaraikan sebagai destinasi pelancongan kebangsaan peringkat AAAAA.

Pada musim sejuk, cuaca di kawasan Laoshan amat sejuk. Bulan Mac hingga November merupakan waktu yang sesuai untuk melawat ke kawasan gunung tersebut.

Pihak berkuasa yang berkenaan telah memperbaiki prasarana seperti bekalan air, elektrik, lalu lintas dan telekomunikasi di Laoshan pada beberapa tahun kebelakangan ini untuk kemudahan para pelancong. Selain itu, beberapa pusat peranginan yang baru telah dibina di kawasan tersebut. Air mineral dan teh hijau yang dihasilkan di Laoshan amat terkenal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China