Cari:
Lembah Tongling
2015-10-19 16:24:26 CRI Cetak

Lembah Tongling terletak di hujung selatan Kawasan Perlindungan Alam Shuiyuanlin, Gunung Gulong, Wilayah Autonomi Guangxi yang berpenduduk Zhuang, China. Lembah yang panjangnya lebih 10 kilometer ini terdiri daripada lima lembah yang lebih kecil. Sungai Nianba yang berpunca dari Gunung Gulong mengalir melalui kelima-lima lembah tersebut. Selain adanya banyak air terjun, gua dan rumah penduduk etnik Zhuang, lembah ini turut menjadi habitat kepada lebih dua ribu jenis flora termasuk spesies yang terancam. Profesor Zhang Xianchun, pakar botani terkenal China, setelah mengadakan tinjauan ke lembah ini berkata, jumlah jenis flora di sini adalah kedua terbesar di China sesudah Xishuangbanna.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China