Cari:
Detian, Air Terjun Melangkau Sempadan Negara
2015-11-18 12:24:42 CRI Cetak

Air terjun Detian terletak di hulu Sungai Guichun di bandar Chongzuo, wilayah autonomi Guangxi, China. Sungai Guichun (Quay Son dalam bahasa Vietnam) yang berpunca dari wilayah itu mengalir ke Vietnam dan kembali lagi ke China. Air terjun Detian berhampiran dengan air terjun Ban Gioc di Vietnam, dan kedua-dua air terjun ini membentuk kumpulan air terjun merentas sempadan negara yang paling besar di Asia dan ke-4 di dunia.

Destinasi peranginan negara yang diiktiraf berperingkat AAAA ini paling sesuai dilawati pada bulan Jun hingga November berikutan jumlah air yang lebih banyak dan jernih ketika itu. Air terjun Detian merupakan salah satu daripada enam air terjun yang paling cantik di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China