Cari:
Kebudayaan Lorong di Beijing
2016-07-06 12:50:38 CRI Cetak

Lorong di Beijing merupakan simbol bandar Beijing dan ia dianggap sebagai saksi sejarah bandar ini. Lorong membayangkan kehidupan penduduk Beijing pada zaman dahulu dan perubahan zaman.

Lorong di Beijing ada banyak cerita. Ia memberi inspirasi kepada saya dan membuat saya termenung. Dengan membawa inspirasi-inspirasi ini, saya menghayati kebudayanan lorong di Beijing secara mendalam untuk menikmati kehidupan orang yang tinggal di sana dan cerita-cerita berkaitan dengannya.

Lorong dianggap sebagai salah satu simbol bagi kebudayaan Beijing. Saya amat berminat akan kebudayaan ini.

Pada era moden ini, kita tidak lagi berminat akan jalan-jalan lebar atau bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi. Sebaliknya kita lebih suka berjalan-jalan di lorong-lorong kecil yang sunyi dan melihat rumah Si He Yuan (rumah yang mempunyai laman) yang cantik. Oleh itu, ada orang yang memanggil kebudayaan kota lama Beijing sebagai "kebudayaan lorong" atau "kebudayaan Si He Yuan".

Lorong di Beijing bermula seawal Dinasti Yuan. Jumlahnya mencatat lebih kurang 6,000 batang. Antaranya yang paling bersejarah ialah lorong-lorong di kawasan antara Jalan Chaoyangmennei dengan Dongsi. Lorong-lorong di sini dibina dengan rapi dan jaraknya antara satu sama lain hampir sama.

Pada umumnya, jalan-jalan yang menyambung selatan dan utara dinamakan sebagai "Jie" dan ia lebih lebar. Contohnya jalan Nanxiaojie dan jalan Beixiaojie yang bermula dari Stesen Kereta Api Beijing ke jalan Chaoyangmennei. Oleh sebab orang dahulu sering menaiki kereta kuda, maka "Jie" juga diberi nama "Malu" yang bermaksud "jalan kuda". Sementara jalan-jalan yang menyambung barat dan timur biasanya dipanggil sebagai lorong, ia lebih sempit kerana untuk dilalui oleh manusia. Yang terletak di kiri kanan lorong-lorong ialah rumah Si He Yuan.

Lorong-lorong di Beijing kelihatan hampir sama, namun mempunyai keistimewaan masing-masing. Penduduk Beijing mempunyai perasaan yang istimewa terhadap kebudayaan lorong. Ia bukan sahaja merupakan laluan bagi orang awam untuk keluar dan balik rumah, tetapi juga menjadi muzium-muzium adat resam tempatan, kerana ia mengandungi banyak kenangan penduduk setempat.

Lorong-lorong biasanya dekat dengan kawasan komersial, namun ia dapat mengekalkan suasana yang sunyi dan sepi.

Nama lorong di Beijing berbagai-bagai, namanya bukan saja meliputi sungai, tasik, laut, gunung, kuil, dan nama keluarga, tetapi juga termasuk pasar, kilang, gudang, tumbuh-tumbuhan, ayam itik, ikan dan lain-lain.

Lorong-lorong menjadi bayangan terhadap kehidupan rakyat jelata China dan menunjukkan kebudayaan dan sejarah negara. Di sini, terdapat banyak cerita yang tidak dapat habis diceritakan oleh orang China.

Fakta yang Menarik:

Lorong yang paling panjang: Jalan Dong Xi Jiao Min Xiang (panjangnya 6.5 kilometer)

Lorong yang paling pendek: Jalan Yi Chi Da Jie (panjangnya 15.2 meter)

Lorong yang paling lebar: Lorong Ling Jing (bahagian yang paling lebar ialah 32.18 meter)

Lorong yang paling sempit: Lorong Qian Shi (bahagian yang paling sempit ialah 0.44 meter)

Lorong yang mempuyai belokan terbanyak: Lorong Jiu Wan (ada 19 buah belokan)

Lorong yang tertua: Lorong Zhuan Ta (sudah wujud sejak zaman Dinasti Yuan)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China