Cari:
Hubungan Persahabatan Chengdu, China dengan Agra, India
2017-01-17 10:09:19 CRI Cetak

Bandar Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan, barat daya China memeterai perjanjian untuk menjalinkan kerjasama dan persahabatan dengan bandar Agra, utara India secara rasmi baru-baru ini.

Agra adalah antara bandar pelancongan yang terkenal di India dengan destinasi pelancongan terkemuka di dunia, iaitu Taj Mahal.

Kerjasama pelancongan antara Chengdu dengan Agra pula berdasarkan potensi kerjasama yang agak besar dalam sektor sosiobudaya, khususnya pelancongan.

Bandar Chengdu dan Agra akan berusaha menggalakkan interaksi dalam sektor pelancongan, bersama-sama mempromosi pelbagai pakej pelancongan, mengadakan pameran kebudayaan dan mengintensifkan sinergi dalam usaha perlindungan tapak tinggalan sejarah.

Dalam pada itu, kedua-dua bandar tersebut juga akan memperkasakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pendidikan dan kerajaan elektronik (e-Goverment).

Berdasarkan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), bandar Chengdu telah menjalinkan persahabatan dengan bandar Bangalore, selatan India pada tahun 2013.

Provinsi Sichuan turut menjalinkan persahabatan dengan negeri Karnataka, India pada tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China