Cari:
Masjid Berseni Bina Tradisional di China
2017-02-22 10:32:33 CRI Cetak

Masjid Huajue di Xi'an

Di Jalan Huajue bandar Xi'an, bahagian barat laut China, terdapat sebuah masjid yang menyerupai kuil dan kelihatan amat berbeza dengan masjid yang berseni bina Arab.

Masjid itu berseni bina tradisional China dan dibina daripada kayu.

Masjid Huajue di Xi'an

Walaupun seni binanya bercirikan tradisional China, namun reka bentuk dan fungsi bangunan di pekarangan masjid tetap mematuhi ajaran agama Islam.

Selain dihiasi dengan papan yang bertulisan Arab, seni bina yang bercirikan agama Islam juga dapat dilihat di pekarangan masjid Huajue ini.

Masjid di China boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu masjid yang berseni bina Arab, yang boleh didapati di kawasan pesisir pantai tenggara China dan Xinjiang di bahagian barat laut, dan masjid berseni bina tradisional China yang dibina daripada kayu.

Kebanyakan masjid yang berseni bina tradisional China berada di kawasan pedalaman China, dan dibina pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing.

Masjid Qingjing di Quanzhou

Terdapat empat buah masjid yang paling tua di China, iaitu Masjid Huaisheng di bandar Guangzhou, Masjid Xianhe di Yangzhou, Masjid Qingjing di Quanzhou dan Masjid Fenghuang di Hangzhou.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China