Cari:
Jelajah Kawasan Barat Laut Yunnan
2017-02-27 17:36:27 CRI Cetak

Laluan pelancongan ke Yunnan yang kami cadangkan kali ini, bukan sahaja termasuk Tasik Luku, Gunung Cangshan dan Tasik Erhai, malah terdapat juga beberapa pekan purba dan kota Ruili, kota sempadan yang bercirikan negara Asia Tenggara.

Walaupun perjalanan ke Tasik Luku amat jauh dan tidak begitu mudah, namun jika hendak melihat pemandangan yang amat indah, pastinya perlu menempuhi perjalanan yang sukar.

Jika anda melawat ke sana dengan tergesa-gesa, tentu tidak dapat menghayati wajah sebenar tasik tersebut.

Maka, kami cadangkan anda bersiar-siar dengan mengelilingi tasik, dan menikmati panorama tasik dilitupi awan nipis ketika matahari terbit, merasai kesunyian ketika melihat bintang yang bertaburan di langit serta melihat gunung yang nun jauh di depan mata.

Pekan purba Shaxi terletak dalam perjalanan dari kota purba Dali ke Lijiang.

Di sana, pelancong tidak terlalu ramai.

Ketika bersiar-siar di Jalan Sideng, anda boleh mendengar arus sungai kecil yang mengalir tenang di bawah jalan papan yang dipasang batu, di samping muzik etnik Bai yang diwarisi sejak turun-temurun.

Pada setiap pagi hari Jumaat, terdapat satu-satunya pasar dari zaman kuno, yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian kulit, kain, teh dan ubat tradisional.

Pekan purba Heshun di kaunti Tengchong, provinsi Yunnan, didiami oleh kira-kira 6,000 penduduk.

Pekan yang pernah menjadi lokasi penting bagi Laluan Sutera Barat Daya pada zaman purba.

Pekan yang mempunyai banyak jambatan batu berbentuk melengkung dan pintu gerbang batu yang bersejarah lebih seratus tahun itu sentiasa menarik kedatangan ramai pelancong.

Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti luar, di Yunnan, anda bukan sahaja boleh berbasikal sambil mengelilingi Tasik Erhai, malah boleh mengadakan aktiviti berjalan kaki di kawasan pergunungan Gaoligong, sebuah tempat yang didiami oleh etnik Lisu.

Jika bernasib baik, pelancong dapat menikmati pemandangan lautan awan di sana, merasai cuaca hutan hujan tropika yang sering berubah, melihat air terjun dan mandi dengan air panas semula jadi.

Ketika pelancong tiba di Ruili, sebuah kota kecil yang terletak di sempadan China-Myanmar, akan kelihatan pagoda agama Buddha di mereta-rata tempat, yang merupakan daya tarikan di Myanmar dan Thailand.

Di garis sempadan, anda juga dapat melihat negara Myanmar yang tidak begitu jauh.

Di sebatang jalan yang dinamakan "jalan persahabatan China-Myanmar", para pelancong boleh menikmati makanan ringan dari pelbagai negara Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China